Menyukat cinta kita
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Berikut abstrak daripada majlis ilmu pada 11 Julai 2013 bersamaan 2 Ramadhan 1435H Pakar Motivasi Keluarga Dr Robiah K Hamzah.
- Sukatlah cinta kita kepada Pencipta, utusanNya, keluarga dan diri sendiri;
- Tanya diri sendiri jika kita LEBIH TAKUT hilang harta, hilang jawatan, hilang keluarga daripada hilang cinta Allah;
- Adakah cinta keluarga atas perintah Allah atau sebab balasan atau pujian?;
- Adakah kita ingin membawa keluarga ke syurga hakiki?'
- Adakah anak kita telah diajar mencintai Rasullulah saw?;
- Adakah cinta anak kepada kita kerana Allah?;
- Adakah anak saham akhirat kita?;
- Sudahkah kita mencintai alam kubur/ alam barzakh?.
Sesungguhnya jawapan ikhlas ku kepada setiap soalan di atas adalah "Aku sendiri tidak pasti namun aku sedang berusaha memperbaiki diri dan keluarga walaupun sering tersasar daripada matlamat." Ya Allah pimpinlah hati-hati kami untuk tetap dan istiqamah di jalanMu.
- Bangunkan syurga dalam hati dan keluarga;
- Diri kita dan keluarga adalah amanah Allah yang akan dipersoalkan kelak;
- Jadikan rumah kita sebagai benih-benih syurga Allah;
- Bangunkan cinta kepada malaikat dalam keluarga.
Comments
Post a Comment