Petua hilangkan Ketumbit mata
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Semenjak semalam mata kiriku terasa sakit, hati mula rasa tak sedap. Macam rasa nak tumbuh ketumbit di atas kelopak mata kiriku. Aku sendiri sudah lupa bila kali terakhir aku kena ketumbit. Semasa zaman remaja, aku memang sering kena ketumbit. Mak aku kata sebab aku suka mengintai, aku pun tak tahu apa yang aku intai.
Dari pembacaanku, ketumbit disebabkan kelenjar minyak di mata yang tersumbat disebabkan bakteria. Dulu-dulu, semasa kecil, mak akan mengikat jariku dengan benang, yang dikatakan dapat mengecutkan ketumbit. Aku yang masih kecil, hanya redha walaupun sehingga kini masih tidak dapat mengaitkan benang di jari dengan mata ketumbit. Kebanyakan kaedah rawatan yang aku baca adalah bersifat menuamkan tempat ketumbit dengan air panas atau meletakkan bawang putih.
Namun kaedah aku mungkin agak menyakitkan jika baru pertama kali melakukannya. Namun in sha Allah ianya berkesan mengelakkan ketumbit membesar dan segera kecut. Aku akan mencabut bulu mataku terutama di bahagian yang kurasakan terletaknya mata ketumbit. Memang botak bulu mata ku kerjakan. Sakitnya semasa menarik bulu mata tu, masya Allah hanya Allah sahaja yang tahu. Mengalir air mata dan siap merah lagi mata. Namun demi menghilangkan ketumbit, ku tahankan juga.
Untuk memastikan lebih cepat sembuh, pastikan bulu mata yang ditarik itu terletak di "mata" ketumbit. Ia dapat dilihat dari akar bulu mata yang dicabut di mana akan terdapat seolah-olah akar. Sakitnya juga memang melebihi bulu-bulu mata yang terletak agak jauh dari "mata" ketumbit.
Kita hanya berusaha dan Allah Maha Penyembuh yang tidak akan mengembalikan sebarang penyakit, aamiin. Semoga bermanfaat petua ku ini walaupun tiada kajian saintifik dan hanya berasaskan pengalaman praktikal semata-mata.
Comments
Post a Comment