Tawaran Mengajar Mengaji Al Quran
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Alhamdullilah sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar walaupun ia sekadar bisikan hati hambaNya yang daif ini. Ilmu yang ku pelajari semasa TOT Faham Arab Al Quran Tanpa Asas Bahasa Arab dan pengendalian beberapa sesi kelas sebelum ini memang aku berniat untuk kembangkan lagi terutama kepada golongan muda.
Semalam mendapat khabar daripada suami yang ada rakannya bertanya samada aku boleh mengajar Al Quran kepada anak-anaknya yang berusia 7 dan 8 tahun. Sememangnya aku tidak mempunyai kemahiran khusus dalam pengajian Al Quran terutama hukum tajwid, namun dengan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan, aku berhasrat menerima tawaran tersebut kerana untuk mahir dalam sesuatu bidang kita kena mengajar. In sha Allah kelas akan bermula selepas Syawal 1438H setelah kembali daripada Daurah Tafsir di Jertih, Terengganu.
Aku bercadang untuk fokus kepada kisah di sebalik surah agar anak-anak ini lebih memahami Al Quran dan jatuh cinta dengan Kalam Allah ini. Ya Allah izinkan perancanganku ini untuk terlaksana. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah tanpaMu.
Comments
Post a Comment