Hukum Bermain Catur

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


Alhamdullilah, semalam (5 April) berpeluang mengikuti tazkirah selepas solat Maghrib di Masjid Lutong. Ustaz Zul membicara beberapa soal jawab hukum dan antaranya satu maklumat baru yang aku tahu adalah berkenaan hukum bermain catur. Dalam keluarga, ada beberapa orang sepupu yang hebat bermain catur sehingga ke peringkat memasuki pertandingan. Aku baru bercadang untuk menyuruh anakku berlajar dengan pakcik sepupunya.

Nampaknya niat tersebut perlu dikuburkan kerana menurut Ustaz Zul, hukum bermain catur menurut Imam Syafi'i adalah MAKRUH.

   " Jika itu menyebabkan orang ketinggalan solat, atau bermain dengan taruhan maka itu HARAM,           jika tidak hukumnya MAKRUH menurut Syafi'i, dan HARAM menurut ulama' lain.".

Menurut Ustaz Zul, hukum berkenaan adalah kerana permainan ini mengandungi unsur perjudian termasuk penipuan dalam melaksanakan strategi/taktik untuk mengalahkan lawan.

Dalam riwayat Baihaqi, terdapat pernyataan :

   " Seseorang yang menyentuh bara api sampai bara api itu mati, lebih baik baginya daripada dia menyentuh catur" (HR Al Baihaqi dalam Sunan ash-Shugra no. 3348 dan Syuabul Iman no. 6097).

Semoga menjadi ilmu bermanfaat dan syukur setelah mengetahuinya maka kita sewajarnya mengelakkannya kerana masih ada banyak pilihan lain untuk melatih minda anak. 

Permainan "Hide and Seek"  ini telah kubeli ketika anakku berusia 2 tahun. Walaupun semasa itu, dia masih belum tahun memainkannya lalu aku menggunakan permainan itu untuk memperkenalkannya dengan nama-nama haiwan dalam dwi bahasa serta belajar mengira. Alhamdullilah kini di umur 3 tahun 5 bulan, dia telah berjaya menyelesaikan sendiri beberapa "puzzle" di peringkat "Beginner". Permainan ini padaku mengajar untuk tidak berputus asa dan terus mencuba pelbagai kaedah untuk menyelesaikan "Puzzle", aku juga tidak mengajarnya untuk melihat jalan penyelesaian yang turut disertakan bagi mengelakkan dia bergantung terus kepada jalan penyelesaian tanpa berusaha. Permainan ini mempunyai 48 "puzzle".




Disebabkan anakku lelaki yang jiwanya tidak dapat lari daripada kereta dan polis maka apabila aku terjumpa mainan ini di Melaka Premium Outlet aku terus membelinya tanpa bertangguh. Permainan ini lebih kompleks kerana ia melibatkan 3 struktur boleh ubah iaitu bangunan, 6 buah kereta polis dan sebuah kereta pencuri. Permainan ini untuk kanak-kanak berumur 6 tahun, namun menjadi kebiasaanku untuk membeli permainan yang melebihi umur anakku bagi tujuan mencabar mindanya. Secara jujurnya aku sendiri agak sukar menyelesaikan "puzzle" ini termasuk yang diperingkat "beginner". Namun apabila dijadikan salah satu permainan keluarga, serta sesi bercerita tentang "Polis dan Pencuri" ia menjadi lebih menarik. Yang penting jangan dilupakan bahawa semua kanak-kanak "BELAJAR MELALUI BERMAIN". 





Comments

Topik popular