Guru, Mentor, Idola dan Pesta Buku

 












Alhamdullilah, rezeki Adam dapat berjumpa dengan para asatizah, guru dan idola beliau di Pesta Buku. Dapat bergambar dengan mereka pun dah happy inikan pula jika dapat bertemu Rasullulah saw di syurga. Semoga Allah kumpulkan kami berjiran dengan Rasullulah saw. 

Pesta Buku memang tempat favourite aku dan aku memang akan bawak Adam setiap kali Pesta Buku walaupun masa tu kami tinggal di Bintulu atau Miri. Alhamdullilah masa itu Allah masih rezekikan, namun kini walaupun kurang mampu untuk mengunjungi Pesta Buku, hikmahNya Allah mahu kami fokus pada buku yang telah dibeli. Banyak lagi belum khatam.

Astagfirullah hal a'zim, di sebalik ujian kekangan kewangan untuk ke Pesta Buku seperti sebelum ini juga sangat besar hikmahNya. Allah benci pembaziran, dalam kes aku, membazir membeli buku yang tidak dibaca, di amal dan disampaikan. Alhamdullilah a'la kulli hal.




Comments

Topik popular