Apa itu STIFIn?

 

Apa itu STIFIn?


    STIFIn merupakan akronim daripada 5 belahan otak dominan atau dipanggil Mesin Kecerdasan (MK) bagi setiap individu. Ilmu STIFIn merupakan ilmu kajian neurosains yang telah dilakukan sejak 21 tahun yang lepas, bermula di Indonesia. Pengasasnya adalah Pak Farid Poniman.

    STIFIn dibawa masuk ke Malaysia oleh Dato Dr Baha Nordin di bawah syarikat beliau Sedam Development sejak tahun 2011. Kajian di Malaysia telah dilakukan oleh 3 orang Pensyarah iaitu Prof Dr Mohammed Zin Nordin (UPSI), Dr Wan Shaharazad (Bahagian Pembangunan Manusia, UKM) dan Dr Suhaimi Mohamed (Bahagian Pembangunan Manusia, UKM). Hasil kajian membuktikan bahawa ujian biometrik STIFIn mempunyai tahap reliabiliti melebihi 95% atau 0.849/1.0.

    Untuk mengenalpasti MK setiap individu, individu tersebut perlu menjalani ujian biometrik STIFIn yang hanya mengambil masa kurang 5 minit.

  Ia tidak melibatkan sebarang soal selidik dan "paperless" seperti ujian-ujian personaliti konventional yang lain. Oleh yang demikian, ia tidak melibatkan emosi, unsur "bias" dan kemungkinan berlaku manipulasi data. Anak seawal 3 tahun sudah boleh menjalani ujian biometrik ini kerana ketika telah berumur 3 tahun maka lengkaplah lingkaran cap jarinya.

    STIFIn ini berdasarkan Teori Imam Al Ghazali dalam kitab beliau Kitab Ar Rasail tentang 5 belahan otak dominan di mana ia merupakan Sistem Operasi setiap manusia. Antara Dalil Naqli untuk ilmu STIFIn adalah sebagaimana firman Allah dalam surah Al Qiyamah 3-4:

"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang-belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun kembali ujung jari-jemarinya dengan sempurna."

    Ujian personaliti bukan sesuatu yang baru, ini kerana majoriti mempercayai bahawa personaliti seseorang mempengaruhi emsoi, sikap, keupayaan, kecenderungan melakukan sesuatu dan motivasi untuk melakukannya. Ujian personaliti kebanyakkannya digunakan oleh Kerajaan dan swasta untuk mengenalpasti karakter bakal pekerja atau usahawan. 

        Antara ujian biometrik yang digunakan adalah MyNEPT oleh INSKEN serta ujian psikometrik untuk beberapa jawatan 



Comments

Topik popular