Daurah Tafsir Hari ke 30

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdullilah hari ini telah masuk hari ke 30. Ayat yang paling "melekat" di hati pada hari ini ialah ayat 31 Surah Al Isra' yang berbunyi

     " Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu merupakan satu dosa besar".

Bunuh di sini adalah bunuh janin di dalam rahim. Namun aku terkesan dengan kata-kata Maulana bahawa kini memang amat kurang yang membunuh fizikal/jasmani anak-anak berbanding zaman Jahiliah. Namun kini, ramai ibubapa "membunuh" rohani anak-anak dengan tidak memberikan didikan agama sepenuhnya. Menurut Maulana, semasa zaman beliau belajar dahulu ada seorang wanita yang bermimpi membunuh anaknya. Wanita tersebut merujuk kepada guru Maulana tentang mimpi beliau. Menurut guru Maulana, wanita tersebut telah menghantar anaknya ke sekolah di bawah pengurusan gereja. Maka ia seumpama "membunuh" anak sendiri. Ramai antara kita secara tanpa sedar didik anak menjadi Yahudi/Nasrani/Majusi...nauzubillah himin zalik

Kini, kita sering lalai dengan agenda kristianisasi yang kita sendiri bawa masuk dalam rumah melalui TV dan telefon bimbit. Anak-anak kita terdedah dengan segala ancaman walaupun berada dalam rumah. Anak sekecil bayi telah didedahkan dengan gajet yang merupakan "jarum halus" pihak Yahudi dengan bertopengkan kecanggihan teknologi. Anak kecil yang berjaya mencari sendiri "games" dalam telefon bimbit hanya dengan hujung jari amat membanggakan ibubapa. Kita tenggelam dalam khayalan yang kita cipta sendiri. Anak kecil ketagihan gajet memang satu fenomena yang amat menakutkan kini. Inilah "membunuh" anak sendiri atas dasar sayang kononnya.

Astagfirullah hala'zim, Maafkan kami di atas kelalaian dan kecuaian kami sebagai ibubapa dalam mendidik anak serta memberi kesedaran kepada para ibubapa agar berubah segera mengikut syariat Allah sebelum kita menyesal. Biar anak kita menangis sekarang kerana tidak diberikan gajet. Dari kita menangis seumur hidup kelak kerana menyesal. Semoga Allah swt melindungi kita semua.



Comments

Topik popular