Daurah Tafsir Hari Ke 29

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdullilah 15 Ramadhan ini, Daurah Tafsir di Pondok Darul Ulom, Lak Lok, Jertih telah sampai ke hari 29. Sememangnya pelbagai ujian dan cabaran dihadapi demi menuntut ilmu wahyu ini. Semalam salah seorang peserta Daurah dari Sungai Petani, mesra dengan panggilan Mak Su telah dikejarkan ke Hospital Besut kerana demam yang berlarutan. Beliau disyaki dijangkiti Kencing Tikus. Alhamdullilah beliau telah discaj selepas 12 jam dalam pemantauan. Disebabkan sering sakit, anak beliau telah ambil keputusan untuk bawa pulang ibu mereka. Dilemma dialami oleh 3 orang lagi rakan beliau yang menumpang kereta beliau. Samada ingin terus ikuti Daurah atau pulang bersama beliau. Memandangkan ada rakan beliau yang agak uzur, maka yang lain setuju untuk turut pulang. Dengan hati yang berat. Namun in sha Allah semoga diizinkan Allah untuk hadir semula tahun depan. Boleh juga mengikuti kuliah secara jarak jauh melalui saluran Telegram https://t.me/DaurahTafsir2017. Semoga dengan inabah (keyakinan untuk belajar mencari kebenaran hakiki) dikurniakan Allah kefahaman, taufik untuk beramal dan menyampaikan.

Kata Maulana, sesiapa yang Allah izinkan untuk mendengar peringatan Allah itu BELUM ADA JAMINAN syurga namun jika kita inginkan jaminan syurga maka SAMPAIKAN apa yang telah dipelajari. Menyampaikan bukan dengan niat kita telah pandai atau lebih baik. Sampaikan dengan niat untuk mendapat redha Allah dan untuk islah (memperbaiki) diri sendiri. Jika ingin tunggu kita sempurna baru ingin menyampaikan ilmu Allah, maka ia tidak akan berlaku. Kerana tiada manusia sempurna. Kesempurnaan itu milik hakiki Allah swt. 

Pagi ini bermula tafsir surah Al Nahl ( Lebah ). Salah satu bukti kebesaran Allah adalah penciptaan lebah yang sungguh teliti. Dirakam dalam Quran kehebatan madu lebah dalam pencegahan dan perawatan pelbagai penyakit. Allah. Allah telah beri ilham untuk lebah membina sarang di tempat-tempat tertentu. Allah sediakan 2 sesunggut yang berfungsi sebagai alat pandu arah untuk lebah menjelajah bumi Allah. Lebah boleh terbang jarak jauh tanpa sesat untuk kembali ke sarang. SubhanAllah begitu hebat ciptaan Allah yang kecil ini. Sesungguhnya tiada yang sia-sia dalam ciptaanNya. 

Maka tidak terfikirkan kita, manusia yang dijadikan sesempurna makhluk ini tiada tujuan? Adakah kita hanya diciptakan untuk bersenang-lenang, makan-makan dan berangan-angan kosong sahaja ? Seperti ayat 3 Surah Al Hijr. Pasti kita biasa dengar soalan, "Sudah makan ke? Terutamanya seorang ibu kepada anak yang telah menjadi soalan wajib. Namun pernahkah kita utamakan soalan , "Sudah solat kah?. Kita lebih risaukan perut anak yang tidak diisi makanan namun tidak bimbang jika anak tidak solat. Nauzubillah himin zalik. Semoga Allah perbaiki segala urusan kita.




Comments

Topik popular