Bekam Medik Darul Kayyis
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Alhamdullilah dengan izinNya, aku berkesempatan melakukan bekam sunnah sempena 17 Jamadilakhir 1438H. Dengan niat untuk mengikut sunnah, aku turut berpeluang melakukan urutan serta akupuntur untuk pertama kali dengan harga pakej yang berpatutan.
Nabi saw berbekam setiap bulan pada tarikh-tarikh yang disunatkan iaitu 17, 19 dan 21 bulan Hijrah. Baginda berbekam pada 3 titik sunnah iaitu di bahagian kepada dan 2 di tengkuk. Informasi ini aku perolehi daripada perawatku Cik Syidah yang telah berpengalaman selama 3 tahun.
Banyak panduan kesihatan yang beliau kongsikan termasuk kaedah mencuci usus yang berkesan iaitu dengan kaedah meminum minyak zaiton dengan formula 7-7-3 iaitu pada hari pertama 7 sudu minyak zaiton sekali minum selepas subuh, 7 sudu selepas zohor dan 7 sudu selepas maghrib, Hari kedua 6 sudu selepas subuh, 6 sudu selepas zohor dan 6 sudu selepas maghrib begitulah seterusnya kurang 1 sudu dari hari sebelumnya sehingga hari ke 7. In sha Allah segala kotoran usus akan keluar melalui najis. Membersihkan usus adalah kunci kepada keberkesanan sesuatu produk atau makanan sunnah yang diamalkan. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati dan ingatlah bahawa sihat itu adalah satu rezeki yang sering dilupakan kecuali setelah datang sakit. Hargailah tubuh badan kita kerana kita telah dilahirkan dalam keadaan sihat dan berniatlah untuk kembali kepadaNya dalam keadaan sihat jua.Itu juga salah satu tanda kesyukuran.
Comments
Post a Comment