Jihad dalam menuntut Ilmu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Semalam sebaik sahaja selesai Kursus NADI Al Baghdadi di Gombak, aku menumpangkan seorang rakan sekursus yang ingin pulang ke Johor Bharu. Anak muda berkelulusan Mechanical Engineering ini amat aku kagumi semangatnya untuk mendalami ilmu Al Quran walaupun terpaksa turun naik pengangkutan awam bermula dengan bas Ekspres dari JB turun di BTS, kemudian menaiki tren ke Stesen Gombak seterusnya menaiki Uber ke tempat kursus. Aku yang duduk bersebelahan dengan beliau tidak tahu akan situasi beliau kecuali masa hari kedua sewaktu hampir tamat kursus aku bertanyakan samada beliau memandu balik terus ke JB selepas kursus. Setelah beliau memberitahu situasi beliau, aku terus menawarkan diri untuk menghantar beliau ke BTS memandangkan lokasinya dalam perjalanan aku ke Dengkil.

Kami meneruskan sesi bersembang dalam perjalanan, beliau memaklumkan bahawa beliau merupakan anak sulung dan merupakan satu-satunya anak perempuan daripada 6 adik beradik. Selain bekerja di sektor swasta, beliau juga mengajar Al Quran secara sambilan melalui Akademi Infitah. Aku yang telah separuh abad ini amat kagum dengan kesungguhan beliau membantu menyelesaikan masalah buta Al Quran di kalangan umat sekarang dan beliau juga mempunyai inisiatif sendiri untuk meningkatkan kualiti pengajaran beliau dengan menghadiri pelbagai kursus. Ini merupakan kursus beliau yang kedua untuk tahun ini dan beliau akan hadir untuk kursus seterusnya pada bulan hadapan. Perjalanan melalui MRR2 yang agak sesak tidak dirasai ekoran terlalu asyik bertukar pengalaman dengan anak muda yang gigih ini. Makcik doakan agar Zaiqah berjaya dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan. 

Teknik menghafaz menggunakan teknik Neurofisiologi ini in sha Allah akan dipraktikkan untuk diri sendiri dan keluarga sebagaimana dihalalkan oleh Ustaz Jalaludin. Semua peserta telah berjaya menghafaz Surah An Naba' ayat 1 hingga 12 walaupun mempunyai latar belakang berbeza dan pelbagai peringkat umur termasuk menghafaz secara rawak. Sel-sel otak kanan telah berhubung dengan jayanya. 

 "Sahabat baikku" setiap bulan telah hadir dengan jayanya petang semalam dan mengikut jadual yang teratur. Maka sesi mengaji diniatkan sebagai membaca doa kerana aku tidak menggunakan dan memegang mushaf Al Quran. Seperti biasa apabila hari kedua dengan pengaliran yang amat menggalakkan, maka aku sebagai Penghidap Thallasemia Minor akan mengalami sakit kepala yang agak teruk. Semasa kelas aku masih mampu menahannya namun selepas makan malam di Lot 10, Bangi setelah mengambil suamiku habis kelas UTM, sakitnya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Beg-beg pakaian yang bersepah untuk dikemaskan terpaksa ditangguhkan termasuk tugasan menulis entri semalam. Namun kehadiran "sahabar baik" itu seharusnya diraikan oleh setiap wanita kerana menurut ustazah ia merupakan hadiah daripada Allah untuk kaum wanita. 



Comments

Topik popular