Thursday, 8 June 2017

Daurah Tafsir Hari Ke 27

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


Alhamdullilah hari ini telah hari ke 27 aku bermukim di bumi Ulul Albab ini demi mempelajari ilmu wahyu (Al Quran). Semakin banyak yang dipelajari semakin terasa banyak sungguh kesilapan aku selama ini. Ya Allah ampunilah hambaMu yang daif dan hina ini. Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan kerana mengikut amalan semata. Tanda dalil dan bukti dari Allah. Musyrikin Mekah juga mempercayai Allah namun tetap syirik kerana masih mengharap perkara lain selain Allah sebagai pembantu/ penolong. Nauzubillah himin zallik.

Ujian Allah pada kami hingga mungkin kami pernah tersalah langkah. Tersalah memohon untuk disembuhkan dengan cara bukan syariat. Sihir memang dinyatakan dalam Quran. Malah nabi saw sendiri pernah di sihir. Namun semuanya berlaku dengan izin Allah. 

Cara menghilangkan sihir adalah dengan mendekatkan diri dengan Allah. Taddabur ayat-ayat cinta Allah yang sangat sempurna tanpa sedikitpun kekurangan. Bacalah doa ini yang Allah telah ajar dalam Quran untuk memohon dijauhkan dari segala fitnah termasuk sihir. Surah Yunus ayat 85 dan 86 yang berbunyi

       " Kepada Allah lah kami bertawakal, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada orang-orang kafir".

Yakinlah dengan doa makbul ini dan ambilkan kesempatan waktu-waktu mustajab dalam bulan Ramadan ini untuk berdoa sungguh-sungguh pada Allah yang Maha Mengabulkan Doa. Semoga bermanfaat untuk amalan bersama secara istiqamah.