Friday, 31 March 2017

Produk Penjagaan Kulit Herbalife

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Herbalife bukan sahaja mempunyai produk pengurusan berat badan namun juga produk penjagaan kulit yang terbahagi kepada jenis-jenis kulit seperti kulit biasa, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Produk ini datang dengan Jaminan Pulangan Wang yang merupakan polisi Herbalife. Dapatkan analisa kulit anda sekarang melalui Pengedar Bebas Herbalife 017 370 6530. Kami sentiasa bersedia membantu anda.


Sunnah Tidur, Sunnah Makan dan Sunnah Semasa Mandi

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdullilah kita dipertemukan sekali lagi dengan Penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang mulia. Untuk yang bekerja di sektor Kerajaan waktu rehat yang panjang digunakan oleh kaum Hawa untuk sesi "gathering" dan "shopping". Namun lelaki Muslim didoakan agar tidak ramai yang tiba-tiba merasakan diri "Musafir". Amalan sunnah Jumaat yang aku amalkan walaupun sedikit memastikan sentiasa memotong kuku anakku di hari Jumaat serta mengajarnya membaca niat mandi sunat Jumaat.

Setiap yang diperlakukan oleh Nabi SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak dan pastinya ada hikmah disebalik setiap perlakuannya. Aku ingin berkongsi beberapa sunnah yang aku tahu, jika ada tertinggal, mohon sabahat betulkan dan tambah. Sunnah tidur:-

  1. menepuk bantal dan tempat tidur;
  2. mengambil wuduk sebelum tidur;
  3. membaca surah 3 Qul dan meniup ke tapak tangan dan menyapu ke seluruh badan yang tercapai;
  4. membaca Surah Al Mulk dan doa tidur; dan
  5. tidur mengiring ke kanan.
Sunnah Makan:

  1. makan menggunakan 3 jari sahaja;
  2. berhenti sebelum kenyang;
  3. menjilat jari selepas makan;
  4. tidak mencela makanan.
Sunnah di bilik mandi:-

  1. Mandi sebelum subuh;
  2. Memakai selipar di dalam tandas;
  3. Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan;
  4. Menutup kepala semasa memasuki tandas;
  5. Mandi dengan memulai dari kaki, ke lutut, ke pinggang, badan dan akhir sekali baru kepala.
Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW, mulakan dengan sedikit namun konsisten kerana yang penting adalah niat untuk cuba sebaik mungkin mengikutinya dengan doa agar Allah menerimanya sebagai salah satu tanda kita semua mencintai Kekasih Allah yang kita rindui.

Cabaran 7 hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdullilah stok buku ini baru diterima dan stok adalah terhad. Untuk warga Miri yang berminat, sila whatsapp segera 017 370 6530 untuk mendapatkan stok ini kerana ia datang lengkap dengan tandatangan penulis untuk setiap buku.

Bagi yang telah buat pre-order sebelum ini, buku akan dihantar mulai esok yer. In sha Allah dengan niat untuk lebih khusyuk dalam solat, buku ini pasti membantu kerana ia siap dengan Ujian Kendiri bagi memastikan kita benar-benar telah memahami setiap maksud dalam bacaan solat. Untuk yang berminat menyertai Cabaran 7 hari mengingati makna bacaan solat boleh whatsapp 017 370 6530 kerana Batch seterusnya bermula 3 April 2017.

Untuk yang ingin mendapatkan bimbingan kelas Faham Arab Al Quran Tanpa Asas Bahasa Arab di Miri, sila whatsapp segera 017 370 6530. Saya akan datang ke tempat anda. Apa yang diperlukan adalah tindakan anda untuk lebih dekat dengan Al Quran dan menambahkan kekhusyukkan dalam solat. 

Hari Terakhir

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Tepat pada tahun ini pada tahun lepas (2016) merupakan hari terakhirku sebagai penjawat awam dan sebagai pekerja makan gaji. Pejam celik pejam celik terlalu cepat masa berlalu, maka sudah 1 tahun aku memegang kad pesara. Detik ini juga bermulanya perjalananku sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan dalam masa yang sama cuba untuk berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dari rumah.

Pada hari ini juga merupakan tarikh akhir bagi aku melengkapkan cabaran 44 entri dalam tempoh 20 hari bagi kelas asas penulisan blog. Bulan Mac dan 31 Mac merupakan tarikh yang signifikan pada diriku. Apabila dikatakan hari terakhir, soalan langkah seterusnya? Persiapan menjadi surirumah sepenuh masa sememangnya tiada persediaan kerana jawatan itu telah disandang sejak 15 tahun lepas cuma pengurusan masanya yang berbeza. Persiapan memasuki dunia perniagaan sememangnya "zero". Aku tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman menjual sebarang produk sebelum ini walaupun ramai rakan-rakan yang menasihatkan aku agar berniaga secara sambilan terlebih dahulu sebelum bersara pilihan. Namun aku lebih mengenali diriku yang tidak mampu melaksanakan 2 kerja berlainan bidang dalam satu-satu masa serta untuk mengelakkan aku menggunakan masa dan peralatan pejabat untuk melakukan perniagaan sambilan, aku mengambil pendekatan berbeza. Aku sebagai manusia yang lemah memilih untuk memasuki dunia perniagaan selepas aku bergelar pesara.

Perit? Yup perjalanannya memang perit kerana menukar rutin memerlukan masa terutamanya bagi aku yang sebelum ini dibesarkan dengan mentaliti makan gaji untuk kestabilan pendapatan. Tiada lagi pendapatan tetap mengajar aku konsep tawakal yang sebenar. Rezeki selepas bersara tidak lagi bertumpu gaji semata-mata namun ia sebenarnya lebih kepada rezeki kelapangan masa mengikut aturan sendiri, rezeki kesihatan, rezeki kemudahan serta kelapangan menuntut ilmu serta rezeki mempelajari ilmu dan berkongsi pengalaman dengan otai-otai bisnes. 

Hari terakhir untuk menyiapkan 44 entri ini juga aku anggap bukan sebagai pengakhiran sebaliknya sebagai satu permulaan kepada satu pengalaman baru dan semoga aku menjadi lebih istiqamah kerana matlamat sebenar bukan semata-mata ada 44 entri namun tentang mendisplinkan diri untuk mencari masa mengemaskini blog yang baru berusia 29 hari ini. Umur yang masih dalam tempoh pantang dan pelbagai pantang larang. Walaupun telah 365 hari bergelar pesara namun pelbagai ilmu dan pengalaman telah dikutip. Ada yang telah diaplikasi dan tidak kurang juga yang telah dilupai namun ia lumrah dalam tempoh pembelajaran.

Bercakap tentang hari terakhir, kita seharusnya tidak lupa bahawa perjalanan kita di dunia ini juga pasti akan berakhir satu hari nanti. Harinya dirahsiakan Allah kerana Allah mahukan kita sentiasa bersedia setiap waktu. Yang pastinya aku sentiasa leka seolah-olah aku menongkat dunia, betapa kejamnya aku pada diriku sendiri. Pelbagai peringatan telah diberi olehNya namun aku terus leka dan lalai tanpa memikirkan apakah bekalanku di akhir terakhirku bergelar manusia? Kata Allah yang kekal cuma 3 perkara, Ilmu yang bermanfaat, Anak yang soleh dan sedekah jariah. Sudahkah cukup akaunku, aku tidak mahu menjadi manusia muflis di sana. Aku pendosa yang sering kali perlu diperingatkan. Hari terakhir di dunia merupakan permulaan sebenar hidup seorang manusia, bak kata Ustaz Dasuki dalam segmen Mauizati di radio Ikim FM, ramai arwah yang terkejut setelah meninggal dunia kerana kini segala janji dan kata-kata Allah terpampang di depan mata. Ya Allah, jadikalah kesudahan dan hari terakhir kami di muka bumi ini dalam Husnul Khatimah dan dalam keadaan Engkau redha kepada kami dan kami redha denganMu, Ya Allah.