Wednesday, 15 March 2017

Bagaimana ku bermula bergelar usahawanita?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Gelaran usahawanita yang kusandang kini bermula hampir 1 tahun yang lepas apabila aku berjaya memohon kelulusan untuk bersara awal walaupun telah 2 kali permohonan ku untuk meletak jawatan dengan notis 30 hari dan notis 24 jam ditolak mentah-mentah oleh bosku. Beliau seorang yang amat prihatin dengan kebajikan staff kerana beliau bimbang aku bakal menyesal dengan tindakanku memandangkan jawatan terakhirku agak selesa dengan pendapatan bulanan yang agak lumayan. Beliau menasihatiku untuk bersabar sehingga aku mencapai umur persaraan awal yang dibenarkan kerana sekurang-kurangnya aku ada pencen sebagai "back-up" sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Pesanan beliau meninggalkan kesan juga di hati ku sementalah aku memang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia perniagaan dan umur yang telah separuh abad untuk bermula dengan perniagaan agar mengusarkan diriku jua. Maka pada 30 Mac 2016, bermulalah statusku sebagai Pesara Kerajaan. Dan tanpa membuang masa, aku telah menganjurkan majlis ilmu yang pertama yang bertemakan Komunikasi Positif Keibubapaan pada 8 Mei 2016. Alhamdullilah, walaupun ia merupakan acara pertama yang kuanjurkan namun ia berjaya menarik minat 30 warga Miri walaupun tarikh majlis tersebut terpaksa di ubah setelah 7 Mei 2016 diisytiharkan sebagai Hari Mengundi di Sarawak. 

Kenapa sebagai penganjur? Kenapa tidak menjual produk? Kerana aku rasakan di Miri kurang majlis-majlis ilmu bersifat keibubapaan maka aku mengambil peluang itu. Aku akan berkongsi lagi pengalaman ku yang sangat mentah dalam dunia baru ku ini di entri-entri akan datang. Stay tune!!!!


Poster asal sebelum tarikh pilihanraya Sarawak diumumkan.

Keterangan Lanjut tentang Kefir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Bentuk "grain" yang menjadi bahan utama Kefir Kambing

Dalam entri terdahulu kami telah memberitahu secara ringkas berkenaan kefir kambing. Di sini disertakan gambar "grain" yang dimaksudkan. Ia seperti ketulan-ketulan tepung yang kenyal dan dapat dirasa semasa meminum kefir. Ia melalui proses penapaian yang lama bagi menghasillkan kefir yang bermutu tinggi. 

Berikut disertakan kandungan bakteria baik di dalam kefir serta kandungan-kandungan vitamin yang berkaitan. Kefir telah melalui banyak kajian saintifik dan mempunyai beberapa kertas kajian yang akan dikongsikan di entri-entri akan datang, in sha Allah.


Whatsapp 017 370 6530 untuk mendapatkan pakej promosi terkini sementara stok masih ada.







Promosi Sempena Cuti Sekolah Mac 2017

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Untuk pelanggan baru dan lama, jangan lepaskan peluang keemasan sempena cuti sekolah Mac 2017 yang bakal menjelang tiba. Sila hubungi nombor di bawah untuk mendapatkan promosi terkini. Harga biasa RM12 sebotol, dengan pembelian secara pakej minimum 5 botol adalah sebanyak RM10/botol, kami menawarkan pakej seperti berikut:

    Pakej A - 5 botol bernilai RM50;

    Pakej B - 10 botol bernilai RM100; dan

    Pakej C - 30 botol bernilai RM300.

Stok semakin menyusut memandangkan produk sedang hangat di pasaran. Kami sedia menanti whatsapp anda semua.
Stok yang baru top-up. Jangan lepaskan peluang kerana ia semakin menyusut.

Whatsapp segera : 017 370 6530

Apa kata pelanggan Kefir?

Pencernaan/ Sembelit
Masalah jantung




Keracunan makanan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,

Alhamdullilah hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi 3 testimoni pelanggan  Malaysian Kefir Kambing keluaran Malaysian Kefir. Biar testimoni berbicara. Kesan dapat dirasa seawal meminum 1 botol Kefir namun ia bergantung kepada tahap kesihatan dan kesan adalah berbeza bagi setiap individu.

Bagaimana rasa kefir? Ada yang cakap macm rasa tapai, berbau hamis , masam sehingga ke hidung dan tak kurang juga merasakan sedap dan menyelerakan. Deria rasa yang berbeza adalah anugerah Allah yang tidak perlu dijadikan perbalahan malahan perlu diraikan. 

Oleh itu, apa tunggu lagi? Ingin merasainya? 

Sila hubungi untuk membeli Kefir Kambing:

Whatsapp : 017 3706530