Tuesday, 9 May 2017

Rezeki Ujian Cap Jari StiFin


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Aku mengetahui berkaitan StiFin apabila terbaca "posting" di FB. Sangat menarik. Memang teruja untuk buat ujian Cap Jarinya. Biasanya buat ujian personaliti bertulis. Apabila telah sering buat, terasa ada ruang manipulasi. Alhamdullilah dalam permusafiran kali ini, diizinkanNya untuk buat ujian tersebut untuk keluarga kecil kami.

Lokasi perjumpaan di restoran "Jemari" di Bangi. Sesuai pula dengan tujuan kami. Keputusan kami agak lewat kerana isu teknikal. Namun ruang berkenaan digunakan untuk bincang potensi membawa StiFin ke Miri, in sha Allah. Sebaik ujian di terima, kedua-dua penguji berubah muka. Tidak mampu ku telah maksudnya. Rupanya kerana ketiga-tiga kami mempunyai 3 personaliti berbeza, namun persamaanya kami semua INTROVERT. Sedangkan ujian psikologi bertulis yang beberapa aku lalui EXTROVERT. Mmmm...patutlah.

Suamiku Intuiting Introvert, aku Sensing Introvert dan anakku Feeling Introvert. Pertemuaan yang disangkakan hanya sebentar nampaknya berlangsung hingga 2 jam. Disebabkan family kecil kami ada 3 daripada 5 personaliti. Maka penguji perlu terangkan 3 jenis karakter. Stok buku yang sepatutnya disertakan semasa ujian telah habis. Maka huraian lanjut akan dibuat setelah diterima buku.

4 comments:

  1. Menarik puan. Nanti kongsikan lagi ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah saya akan kongsikan jika berkesempatan. Sebab jadual daurah agak padat dan tiada line internet di kawasan pondok. Terpaksa curi masa semasa rehat antara zohor dan asar.

      Delete
  2. Saya belum ada rezeki buat ujian Stifin

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah saya doakan puan sekeluarga direzekikan menjalani ujian dalam masa terdekat. Puan boleh berhubung dengan Encik Sufian untuk buat temujanji 010 318 9496

      Delete