"Maaf aku tak tahu drive kereta manual"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sudah 5 hari blogku tiada entri. Kecewa dengan diri sendiri. Masih merangkak untuk memenuhi KPI sendiri. Bukan setakat entri tertunda. Penerbanganku ke KL juga sama. Jumaat lepas, bermula siri permusafiran seterusnya. Antara destinasiku Kem "Penulis Upahan",  Pesta Buku Antarabangsa KL dan Jertih untuk Daurah Tafsir. Manusia merancang namun Allah tentukan. 


"Itenarary" Jumaat berubah 360 darjah. Hanya kerana tajuk entri ini. Untuk "Old School" sepertiku, ia satu isu. Kerana ia datang dari mulut lelaki. Dulu ayat biasa "Aku tak tahu bawak kereta". Kini semua ada pilihan. Pastinya "automatik" pilihan ramai. Aku pernah berdepan situasi yang sama pada tahun 2007. Sejarah berulang selepas 10 tahun.

Segalanya kini di hujung jari. Tiada salahnya memandu "automatik". Namun padaku skill asas pemanduan perlu ada. Mungkin jiwaku jiwa pelumba😏. Itulah hakikat dunia kini. Terlalu taksub dengan "automatik" dan kecanggihan teknologi. Gear di hujung jari. Hakikatnya memang dunia kini "Dunia Hujung Jari"

Pemilik kereta "manual" kini dianggap "rare breed". Dulu pemilik kereta "automatik" dianggap orang kaya. 

Semoga minda "automatik" ini tidak terbawa dalam kehidupan. Matlamat kita semua "Syurga Firdaus Tanpa Hisab" tidak tercapai secara "automatik". Tawakal tidak menafikan usaha. 

Comments

Topik popular