Tuesday, 9 May 2017

Aku Kini Penulis Upahan a.k.a "Ghostwriter"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Bersyukur atas peraturan Allah swt. Aku berjaya hadiri "Bengkel Penulis Upahan 2017" di Shah Alam. Maka 6 dan 7 Mei aku bertapa bersama Sifu Hebat, Puan Tengku Nurhusni Tengku Abdul Razak. Penulis Upahan berjaya yang sanggup berkongsi teknik beliau. Pelaburan ilmu yang berbaloi.

Kem ini bersifat "coaching" dan praktikal. Matlamatnya seusai kem, telah ada kertas cadangan lengkap buku untuk diterbitkan. Malahan sedaya mungkin siapkan buku tersebut. Bukan main-main. Kami kini diterima dalam tim beliau. Ia bukan paksaan namun pilihan masing-masing. Kertas cadangan ku di terima dengan komen, perlu tambah "wow factor". Dan ada beberapa kesilapan ejaan. Itu KESALAHAN BESAR dalam kertas cadangan. Jangan sakitkan mata penerbit dan editor yang cuba di "pitching". Alhamdullilah atas teguran membina Puan Sifu. Malahan ada seorang sahabat satu kem yang telah ditawarkan oleh seorang selebriti untuk menulis kisah penghijrahan beliau, Tahniah Puan Dzarinah, anda memang hebat. Belum habis kem, sudah ada "job" menanti. Masya Allah itulah hebatnya kuasa Allah.

Apabila ditanya apa itu "Penulis Upahan" semasa sesi taaruf. Jawapanku pertama kali dengar, yang biasa dengar "Pembunuh Upahan". Itulah hasil banyak sangat menonton CSI. Luas rupanya dunia Penulis Upahan. Syarat utama, penulis upahan adalah nama kita 'TIADA" di mana-mana ruangan dalam buku yang dihasilkan. Kita juga "TIDAK DIBENARKAN" tuntut bahawa buku tersebut kita yang tulis, ayat ringkas, kita hanya "TYPIST". Walau hakikatnya kita adalah penulis sebenar. Kerana ramai di luar sana dikurniakan ilmu hebat namun kekangan masa untuk menulis. Maka di sinilah penulis upahan memainkan peranannya.

Sifu memaklumkan bahawa kini beliau sedang proses menyiapkan buku tafsir Surah Lukman, Surah Maryam dan Surah Al Kahfi. Kami diberi pilihan memilih surah masing-masing. Surah yang dekat di jiwa. Aku memilih Al Mulk. Pada jam 3.00 petang hari kedua, kami diarahkan untuk emel kepada beliau setakat mana buku yang telah disiapkan. Minimum 2 muka surat. Hanya untuk melihat gaya bahasa. Aku tidak sabar menunggu komen beliau.

Rupanya aku sebelum ini sudah jadi penulis upahan. Apabila aku selesai menterjemahkan kertas kerja pelanggan pertamaku. Menerbitkan buku sendiri memang tidak pernah terfikir. Namun kini, in sha Allah ia bakal kurealisasikan. Sekurang-kurangnya dalam bentuk "e-book" sebagai langkah permulaan.

Ciri-ciri utama penulis ada 2:

1. kawan baiknya adalah BUKU;
2. MINIMAKAN TV kalau boleh ditiadakan kerana ia pencuri masa.

Mmm, nampaknya macam ada ciri-ciri di atas. Kini yang aku perlukan adalah TINDAKAN. Bak kata Sifu pastikan pelaburan ilmu anda mempunyai ROI (Return On Investment). 

Maka kini secara rasminya, "SAYALAH PENULIS UPAHAN ANDA!!!". Jadikan impian anda memiliki buku satu kenyataan. Mana tahu buku anda "The next popular book" dalam Pesta Buku 2018 selepas Fattah Amin. Cepat hubungi saya 017 370 6530 untuk bincang lanjut.

4 comments:

  1. Salam kenal Puan Azlina. Tahniah!

    Saya pun baru berjinak-jinak untuk jadi ghostwriter ni. Setakat ni terima job menulis artikel. Seronok juga rupanya menulis bagi pihak orang lain. Saya harap saya pun dapat hadir kem macam Puan ni pada masa akan datang untuk cari lebih peluang 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan puan. SubhanAllah tahniah puan. Gembira saya dengar. Cuba puan follow Puan Nordiana Bachok, beliau urusetia kem hari tu. Ha ah macam menarik jer kerja belakang tabir ni.

      Delete
    2. Salam perkenalan puan. SubhanAllah tahniah puan. Gembira saya dengar. Cuba puan follow Puan Nordiana Bachok, beliau urusetia kem hari tu. Ha ah macam menarik jer kerja belakang tabir ni.

      Delete
    3. Kan, saya pun makin suka kerja belakang tabir macam ni. Perasaannya berbeza. Tapi seronok.

      Baik saya cuba follow Puan Nordiana. Terima kasih puan! 😊

      Delete