Wednesday, 22 March 2017

Trip Pantai Timur - Hari ketiga

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Destinasi seterusnya adalah Kuala Terengganu, dengan berbekalkan pakej TY Hotel berjumlah RM79 yang telah dibeli di MATTA Fair, kami meneruskan perjalanan sejauh 110 km yang mengambil masa hampir 2 jam. Setelah sampai kami terus menuju ke Pantai Batu Burok untuk menikmati hidangan tengahari. Kebetulan sekarang sedang berlangsung Pesta Pantai, maka kami mengambil kesempatan sebentar untuk meninjau gerai-gerai jualan. Memandangkan cuaca agar panas dan anak kami telah agak penat maka kami ambil keputusan untuk balik hotel untuk berehat sebentar memandangkan malam sebelumnya kami tidur lewat iaitu jam 12.30 malam.

Selesai merehatkan diri sebentar kami meneruskan lawatan ke Taman Tamadun Islam, suasana agar suram walaupun cuti sekolah. Mungkin kerana hari telah petang, namun di Taman Awam di luar Taman Tamadun Islam, keadaan lebih meriah dengan ramai keluarga bersantai di taman permainan termasuk di hadapan Masjid Kristal. Kami sempat menikmati Keropok Lekor di Krystal Cafe menggunakan kupon yang diberikan bersama pakej tiket masuk ke Taman Tamadun Islam. Alhamdullilah kami juga berkesempatan menunaikan solat berjemaah maghrib di Masjid Kristal. Setelah itu, kami ke Pantai Batu Burok semula dan suasana amat meriah berbanding sewaktu tengahari tadi. Pelbagai acara sedang berlangsung termasuk persembahan tradisional termasuk gerai-gerai yang didirikan khas di tepi pantai untuk mempromosikan produk Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Hari ini kami balik awal ke hotel bagi memberi peluang suami menyelesaikan assignment Master beliau untuk kelas hujung minggu ini.

Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu, aku dapat juga menguji anakku beberapa doa yang telah diajar kepada beliau secara santai sebelum ini. Aku dapati kaedah memasang rakaman secara konsisten dan membaca bersama-sama anak memberi kesan yang amat baik dalam hafazan doa mahupun surah-surah. 




No comments:

Post a Comment