Friday, 31 March 2017

Sunnah Tidur, Sunnah Makan dan Sunnah Semasa Mandi

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdullilah kita dipertemukan sekali lagi dengan Penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat yang mulia. Untuk yang bekerja di sektor Kerajaan waktu rehat yang panjang digunakan oleh kaum Hawa untuk sesi "gathering" dan "shopping". Namun lelaki Muslim didoakan agar tidak ramai yang tiba-tiba merasakan diri "Musafir". Amalan sunnah Jumaat yang aku amalkan walaupun sedikit memastikan sentiasa memotong kuku anakku di hari Jumaat serta mengajarnya membaca niat mandi sunat Jumaat.

Setiap yang diperlakukan oleh Nabi SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak dan pastinya ada hikmah disebalik setiap perlakuannya. Aku ingin berkongsi beberapa sunnah yang aku tahu, jika ada tertinggal, mohon sabahat betulkan dan tambah. Sunnah tidur:-

  1. menepuk bantal dan tempat tidur;
  2. mengambil wuduk sebelum tidur;
  3. membaca surah 3 Qul dan meniup ke tapak tangan dan menyapu ke seluruh badan yang tercapai;
  4. membaca Surah Al Mulk dan doa tidur; dan
  5. tidur mengiring ke kanan.
Sunnah Makan:

  1. makan menggunakan 3 jari sahaja;
  2. berhenti sebelum kenyang;
  3. menjilat jari selepas makan;
  4. tidak mencela makanan.
Sunnah di bilik mandi:-

  1. Mandi sebelum subuh;
  2. Memakai selipar di dalam tandas;
  3. Masuk dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan;
  4. Menutup kepala semasa memasuki tandas;
  5. Mandi dengan memulai dari kaki, ke lutut, ke pinggang, badan dan akhir sekali baru kepala.
Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW, mulakan dengan sedikit namun konsisten kerana yang penting adalah niat untuk cuba sebaik mungkin mengikutinya dengan doa agar Allah menerimanya sebagai salah satu tanda kita semua mencintai Kekasih Allah yang kita rindui.

No comments:

Post a Comment