Wednesday, 15 March 2017

Bagaimana ku bermula bergelar usahawanita?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam. Gelaran usahawanita yang kusandang kini bermula hampir 1 tahun yang lepas apabila aku berjaya memohon kelulusan untuk bersara awal walaupun telah 2 kali permohonan ku untuk meletak jawatan dengan notis 30 hari dan notis 24 jam ditolak mentah-mentah oleh bosku. Beliau seorang yang amat prihatin dengan kebajikan staff kerana beliau bimbang aku bakal menyesal dengan tindakanku memandangkan jawatan terakhirku agak selesa dengan pendapatan bulanan yang agak lumayan. Beliau menasihatiku untuk bersabar sehingga aku mencapai umur persaraan awal yang dibenarkan kerana sekurang-kurangnya aku ada pencen sebagai "back-up" sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Pesanan beliau meninggalkan kesan juga di hati ku sementalah aku memang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia perniagaan dan umur yang telah separuh abad untuk bermula dengan perniagaan agar mengusarkan diriku jua. Maka pada 30 Mac 2016, bermulalah statusku sebagai Pesara Kerajaan. Dan tanpa membuang masa, aku telah menganjurkan majlis ilmu yang pertama yang bertemakan Komunikasi Positif Keibubapaan pada 8 Mei 2016. Alhamdullilah, walaupun ia merupakan acara pertama yang kuanjurkan namun ia berjaya menarik minat 30 warga Miri walaupun tarikh majlis tersebut terpaksa di ubah setelah 7 Mei 2016 diisytiharkan sebagai Hari Mengundi di Sarawak. 

Kenapa sebagai penganjur? Kenapa tidak menjual produk? Kerana aku rasakan di Miri kurang majlis-majlis ilmu bersifat keibubapaan maka aku mengambil peluang itu. Aku akan berkongsi lagi pengalaman ku yang sangat mentah dalam dunia baru ku ini di entri-entri akan datang. Stay tune!!!!


Poster asal sebelum tarikh pilihanraya Sarawak diumumkan.

No comments:

Post a Comment